Friday, 18 May 2012

Terlanjur Mencintaimu

Penerbit: KaryaSeni - Fajar Pakeer
Harga: RM18
ISBN: 9789670246000
Tarikh terbitan: Cetakan keempat Jun 2011
Bil m/s:  441










Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Suami Yang Ku Benci

Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 20.00


"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 


Sesuci Cinta

Harga : RM 17.00
Halaman :496
ISBN : 983-124-134-7











Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..
?


Kasih Yang Tercalar

Bil mukasurat: 540ms
Terbitan : NB Kara
ISBN 983-42115-9-7
Cetakan 1 - 2006
Harga: RM21.00




Kisah hidup dicelah-celah kehidupan masyarakat, Lutfil Hadi, punya isteri dan 2 anak yang hidup dalam keharmonian, akhirnya tewas ditangan GRO. (Habibah @ Baby).

Ghina(isteri Lutfil Hadi) seorang wanita, isteri, ibu yang bekerjaya dan sentiasa menghormati suami. Dia diduga dengan ujian yang maha hebat, suaminya tergila-gilakan perempuan GRO yang langsung tiada dalam taste Lutfil Hadi. Sihir menjadikan Lutfil Hadi kemaruk berahi dan lupa tanggung jawab sebagai seorang suami dan ayah.

Ghina pasrah atas apa yang menimpa dirinya dan keluarga. Dia cuba menghisab dirinya, kekurangannya, lalu dia bermunajat pada Illahi, moga diberi jalan dan petunjuk yang benar. Tanpa dia sedari, rakan kongsinya Lucy bersepakat dengan jirannya mak cik Mok (yang pernah dibantu oleh Ghina). Mereka bersekongkol berkomplot menjatuhkan Habibah, tetapi dengan cara yang begitu halus, demi mengembalikan Lutfil Hadi semula ke pangkal jalan.

Sementara itu, kedua orang tua Lutfil Hadi membuat solat hajat mohon perlindungan Allah, bersungguh-sungguh memohon agar Lutfil Hadi bebas dari apa sahaja yang menyebabkan dia terpesong dari landasan. Berkat doa kedua orang tua Hadi, tiba-tiba sahaja Hadi menjadi bingung dan baru tersedar yang dia mempunyai keluarga dan anak-anak.....

Duri

Penerbit : Intens Media
Harga : RM21.50
ISBN : 983-4316-20-8



Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.



Buatmu Kekasih

HARGA : RM19.90 
HaLAMAN : 588 



Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermaknaTiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.

Jendela Hati

Harga : RM 14.00
Halaman :344
ISBN : 983-124-034-0



Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.