Kaki
Novel
Harga: RM26.00
ISBN: 978-967-5067-77-8
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula
semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama
Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana
sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G
atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya
cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan
tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja
pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul
mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki
itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F
terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak
pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula
berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini.
Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun,
musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera
rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr.
F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke
Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah
menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
No comments:
Post a Comment