Mukasurat: 528
ISBN: 978-983-124-362-9
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
PERTEMUAN kali pertama ketika melancong ke Itali,
membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana
buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk
tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan
kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala
tohmahan yang dianggap dusta belaka.
...
Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang
merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana.
Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama?
Kasihan lelaki itu!
...
Cintanya tidak kesampaian...Kemunculan Ahmad Ridzafi
memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh
keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu
harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia
menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang
disayangi datang membersihkan luka di hati?
...
Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan
disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak
berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya
berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di
hatinya.
. . . . . . . . . . . . . . . . .
Ringkasan dari saya:
Farhana gadis manis bertudung dan ayu, punya lesung
pipit, membuat hati seorang pemuda Itali bergelora dan hampir hilang arah.
Pertemuan tidak sengaja di Itali, Samplon Pass menyebabkan hati Farhana tidak
tentu arah. Pelik tetapi benar. Lelaki Itali yang langsung tidak terfikir
olehnya boleh menambat hatinya dalam tempoh seminggu.
...
Bermula dari babak Princessa yang biadab menjatuhkan
piring kek blueberry dan dengan tidak sopan meninggalkan Farhana. Princessa
atau Etta gadis kecil berusia 10 tahun anak orang Eropah, memang tidak diajar
dengan adab sopan asia, memang begitu keadaannya. Farhana keluar dari cafe
dengan perasaan sebal dan malu dengan kejadian piring pecah tadi, tiba-tiba
Etta datang dan memohon maaf, disusuli dengan Giovanni lelaki Itali yang
menambat hatinya tanpa dia sedari.
...
Farhana yang 'stranded' di kota Milan keseorangan,
ditemani Etta dan Giovanni menunggu Widya rakan yang berjanji untuk bertemu di
Milan. Namun setelah ditunggu, tidak juga muncul-muncul, lalu Giovanni
mempelawa Farhana menemaninya menghantar Etta ke rumahnya. Farhana yang mulanya
ragu-ragu dengan pelawaan Giovanni akhirnya akur bilamana melihat telatah Etta
yang mula menyukainya.
...
Percintaaan tiba-tiba yang tidak dilafazkan dan
tidak diketahui itu, akhirnya membawa kepada musibah, di mana Giovanni
sebenarnya terlibat dalam organisasi mafia Itali. Tanpa pengetahuan Farhana,
Giovanni terpaksa akur dengan bossnya untuk berlumba dalam litar lumba kereta
demi kepentingan rezeki pekerja dan keluarga pekerja organisasinya.
Widya akhirnya tiba ditempat yang disetujui Farhana.
Widya risau tentang Farhana yang telah terpikat dengan pemuda Itali yang tidak
tahu hujung pangkal agama dan budayanya. Widya, abangnya dan Remy berpakat
untuk memisahkan Farhana dan Giovanni. Walaubagaimanapun Farhana berjaya
menyedari pakatan tersebut dan berjaya melepaskan diri dari Widya, lalu bertemu
Giovanni di litar lumba.
...
Giovanni mengaku menyintai Farhana, dan
menasihatkannya untuk tidak berada dilitar lumba tersebut demi keselamatan
dirinya. Farhana akur dan cuma menonton perlumbaan tersebut di tv bilik
hotelnya. Dalam perlumbaan tersebut pasukan Giovanni/kereta lumba Giovanni
telah terlibat dalam kemalangan dan pemandunya Giovanni telah terbakar dan
terkorban. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan Farhana ketika itu. Dia
lalu menempah tiket penerbangan pulang ke tanahair tanpa Widya.
...
Setelah beberapa bulan dia menyepi diri, akhirnya
Kamel rakan baiknya sejak kecil mengajak Farhana untuk berumah-tangga. Tapi
Farhana hanya berdiam diri. Perasaannya terhadap Giovanni masih kuat. Sementara
itu Shaza pula menaruh hati pada Kamel.
...
Dalam keadaan dilemma tersebut, secara tiba-tiba dia
terdengar suara seorang yang dia amat rindui, tetapi rupanya sedikit berbeza,
ada jambang dan nampak berbeza. Ahmad Ridzafi.
Rupanya yang meninggal di litar lumba adalah Ferro
rakan sepasukan Giovanni. Dan kini Ahmad Ridzafi ialah nama islam Giovanni. Dia
telah berada di Malaysia selama 2 bulan dan telah mencari Farhana dalam tempoh
itu. Cinta terjalin semula, namun masih ada musuhnya. Mafia dari Itali telah
mengekori Farhana dan bermulalah episod suspens thriller.
No comments:
Post a Comment