ISBN: 978-967-5067-81-5
Harga: RM19.00
Penerbit:
Kaki Novel SDN BHD
Tak
sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s
dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama
pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia
koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama
sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat
‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan
setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia
adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham
merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain
menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan
tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali
bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk
dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening
kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan
dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati
dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh
hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan
sikap hidung belang bosnya itu.
Dan
bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar
bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha,
dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini
sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah
Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung
belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan
hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia
berjaya di kampungnya itu?
No comments:
Post a Comment